Selasa, 16 Mei 2017

PELAKSANAAN SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM MAKSIMUM POTONGAN 60 PERATUS.

PELAKSANAAN SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM MAKSIMUM POTONGAN 60 PERATUS.

Ramai penjawat awam ingin mengetahui apa itu sekatan bayaran potongan gaji awam maksimum sehingga 60 peratus.Biasanya setiap kali kita memohon pinjaman ketua jabatan akan menasihati kita agar kadar potongan pinjaman tidak melebihi 60 peratus dari gaji kasar kita.
saya pun penjawat awam juga,tidak terlepas daripada memohon pinjaman peribadi dari bank disebabkan keperluan dan masalah yang tidak dapat dielakkan.faham faham jelah kos sara hidup zaman ini..
Itu adalah normal dikalangan kakitangan awam.persoalannya ramai kakitangan awam gagal mengawal had kadar potongan pinjaman mereka sehingga melebihi 60 peratus dari gaji kasar.kesannya menjawablah kita dengan ketua jabatan ataupun ada tahap sampai kena tindakan tatatertib.
kita harus berterima kasih kepada jabatan akauntan negara kerana memperkenalkan pelaksanaan ini.
di sini saya kongsikan untuk pengetahuan rakan-rakan kakitangan awam.

 Silalah baca..

PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KETERHUTANGAN SERIUS
PENJAWAT AWAM?
Merujuk kepada Peraturan 13 (7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) ungkapan ‘keterhutangan kewangan yang
serius’ bermaksud keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambil
kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah menyebabkan kesusahan
kewangan yang serius kepadanya.

2. KERAJAAN TELAH BERSETUJU SUPAYA JABATAN AKAUNTAN NEGARA
MALAYSIA (JANM) MENGUATKUASAKAN PERATURAN DAN PEKELILING
YANG DIKELUARKAN OLEH JPA DAN KEMENTERIAN KEWANGAN MENGENAI
HAD POTONGAN MAKSIMUM BAGI MEMASTIKAN PENDAPATAN BERSIH
PENJAWAT AWAM BERBAKI SEKURANG-KURANGNYA 40% DARIPADA GAJI
BULANAN. APAKAH PERATURAN DAN PEKELILING YANG
DIKUATKUASAKAN?
a. Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(S)TT.7082 Jld.6 (35) bertarikh 25
Disember 2005 berkaitan Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang Dan
Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam
dan semua Ketua Setiausaha Kementerian membuat pemantauan berterusan ke
atas pendapatan bersih Pegawai Awam bagi memastikan Penjawat Awam
mempunyai had pendapatan bersih minima 40% supaya Penjawat Awam tidak
berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

b. Surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh
24 Januari 2017 berkaitan Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam
Keterhutangan Kewangan Yang Serius. Ketua-ketua Jabatan memantau
pemotongan gaji pegawai masing-masing dengan tidak meluluskan pemotongan
sekiranya akan mengakibatkan Pegawai Awam menerima pendapatan bersih
kurang daripada 40% dan mengambil tindakan tatatertib ke atas Pegawai Awam
yang didapati melakukan penipuan yang boleh menyebabkan Penjawat Awam
mengalami masalah keberhutangan serius misalnya dengan memalsukan penyata
gaji untuk mendapatkan pinjaman.

c. 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) WP9.1, WP9.2, WP9.3, PR1.12013 berkaitan
potongan 60%.

PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

3. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAKSANAAN SEKATAN
BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM MAKSIMUM POTONGAN 60%?
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hanya akan menguruskan potongan
Penjawat Awam kurang dari 60.00%. Tujuan pelaksanaan adalah bagi memastikan
pendapatan bersih Penjawat Awam berada sekurang-kurangnya pada paras
minimum 40%. Penjawat Awam adalah bertanggungjawab untuk membayar sendiri
tanggungan/pinjaman yang tidak dibuat potongan oleh JANM kepada agensi
berkaitan.

4. APAKAH FORMULA PENGIRAAN POTONGAN SEHINGGA 60%?

Contoh: RM 4,048.61 X 100 = 57.99%
RM 6,981.65

5. SAYA MEMPUNYAI POTONGAN MELEBIHI 60%, KEUTAMAAN POTONGAN
YANG MANAKAH YANG AKAN DIAMBILKIRA?

Keutamaan potongan dibuat secara automatik di dalam Sistem Gaji Berkomputer
JANM. Susunan keutamaan potongan adalah seperti berikut:
a. Potongan Berkaitan Perundangan (Contoh: Cukai/ Zakat/ Arahan Mahkamah);
b. Potongan Berkaitan Kerajaan (Contoh: Bayaran Balik/ Perumahan/ Kenderaan);
c. Takaful/ Insurans;
d. Kelab Jabatan Kerajaan;
e. Pinjaman;
f. Persatuan/ Pertubuhan;
g. Simpanan/ Derma/ Sumbangan

6. BAGAIMANAKAH PENJAWAT AWAM YANG MEMPUNYAI POTONGAN
MELEBIHI 60% DAPAT MENGETAHUI POTONGAN YANG TIDAK DIAMBILKIRA?
a. Penjawat Awam boleh membanding potongan di slip gaji terkini berbanding bulan
sebelumnya; atau
b. Penjawat Awam boleh mengesahkan amaun potongan yang tidak diambilkira di
Unit Gaji tempat bertugas melalui Laporan ZRPY020 Potongan Yang Tidak
Diambilkira
Jumlah Potongan
                                     (Gaji Pokok + Elaun Tetap)  x100
                                       (Gaji pokok + elaun tetap)

Contoh:  RM 4,048.61      X     100 = 57.99%
              RM 6,981.65

5. SAYA MEMPUNYAI POTONGAN MELEBIHI 60%, KEUTAMAAN POTONGAN
YANG MANAKAH YANG AKAN DIAMBILKIRA?
Keutamaan potongan dibuat secara automatik di dalam Sistem Gaji Berkomputer
JANM. Susunan keutamaan potongan adalah seperti berikut:
a. Potongan Berkaitan Perundangan (Contoh: Cukai/ Zakat/ Arahan Mahkamah);
b. Potongan Berkaitan Kerajaan (Contoh: Bayaran Balik/ Perumahan/ Kenderaan);
c. Takaful/ Insurans;
d. Kelab Jabatan Kerajaan;
e. Pinjaman;
f. Persatuan/ Pertubuhan;
g. Simpanan/ Derma/ Sumbangan

6. BAGAIMANAKAH PENJAWAT AWAM YANG MEMPUNYAI POTONGAN
MELEBIHI 60% DAPAT MENGETAHUI POTONGAN YANG TIDAK DIAMBILKIRA?
a. Penjawat Awam boleh membanding potongan di slip gaji terkini berbanding bulan
sebelumnya; atau
b. Penjawat Awam boleh mengesahkan amaun potongan yang tidak diambilkira di
Unit Gaji tempat bertugas melalui Laporan ZRPY020 Potongan Yang Tidak
Diambilkira
PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

7. SEKIRANYA TERDAPAT KENAIKAN PADA GAJI SAYA DAN POTONGAN SAYA
TIDAK MELEBIHI 60% DARI GAJI BAHARU SAYA, ADAKAH JANM AKAN
MENGURUSKAN KEMBALI SEMUA POTONGAN SAYA?
Ya, potongan yang tidak melebihi 60% akan diuruskan potongannya oleh JANM
seperti biasa.

8. BAGAIMANA PENJAWAT AWAM BOLEH MEMBUAT BAYARAN LEBIHAN
POTONGAN YANG TIDAK DIURUSKAN OLEH JANM KEPADA AGENSI YANG
BERKAITAN?
Penjawat Awam perlu menjelaskan sendiri tanggungan/ pinjaman agensi yang
tertera dalam Laporan ZRPY020 Potongan Yang Tidak Diambilkira seperti berikut:
a. ANGKASA seperti di Lampiran 1 (Pindaan 1/17);
b. BANK SIMPANAN NASIONAL seperti di Lampiran 2;
c. Yayasan Ihsan Rakyat seperti di Lampiran 3;
d. COSHARE seperti di Lampiran 4;
e. I.Destinasi seperti di Lampiran 5;
f. MBSB seperti di Lampiran 6

PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

LAMPIRAN 1 (Pindaan1/17)
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)

1. Potongan yang tidak diambilkira melalui potongan ANGKASA perlu dibayar kepada
ANGKASA. ANGKASA akan menyelaras bayaran kepada agensi pemberi pinjam dibawah
ANGKASA.
2. Bermula pada 3 Mei 2017 bagi pembayaran gaji bulan April 2017, Penjawat Awam boleh
membuat semakan dan bayaran kepada ANGKASA dengan menghubungi ANGKASA di
talian 03-78022400 (hot line – akan disambung ke 15 telefonis).
3. Bayaran potongan gaji yang terkurang boleh dibayar kepada ANGKASA ke akaun bank
seperti berikut :-
NAMA: ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BANK
ALAMAT BANK : 60 & 62, Jalan SS6/14, Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301 Selangor
NOMBOR AKAUN BANK : 8602267758
4. Kaedah bayaran yang dibenarkan adalah melalui perbankan internet (internet banking)
seperti CIMBclicks/ maybank2u.com/ RHBnow/ myBSN. Bagi penggunaan lain-lain kaedah
bayaran sila hubungi talian yang disediakan.
5. Semua maklumat bayaran mestilah diemail kepada bpa2017@angkasa.coop supaya resit
boleh dikeluarkan oleh ANGKASA. Mohon pastikan tuan / puan menerima dan menyimpan
resit ANGKASA bagi setiap pembayaran yang dibuat. Jika ANGKASA tidak menerima
maklumat bayaran tersebut selepas 6 bulan maka bayaran tersebut akan dihantar ke Jabatan
Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Wang Tidak Dituntut.
6. Maklumat yang perlu diemail kepada bpa2017@angkasa.coop adalah seperti berikut :-
a. Slip bukti pembayaran;
b. Nama;
c. Nombor K/P;
d. Bulan Potongan Gaji;
e. Jumlah (RM);
f. Tarikh Bayaran Dibuat;
g. Nombor telefon Bimbit / Telefon Pejabat.
7. Sebarang pertanyaan tentang bayaran yang telah dibuat bolehlah menghubungi talian seperti
berikut :-
1) 03-78846418 (Hjh. Parizah)
2) 03-78007838 (En. Rahman)
3) 03-78007815 (Pn. Rozana)
4) 03-78007843 (Pn.Noorlaila)

PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%

LAMPIRAN 2
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
1. Potongan yang tidak diambilkira melalui potongan Bank Simpanan Nasional (BSN)
perlu dibayar kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) selepas tarikh gaji setiap
bulan.
2. Penjawat Awam perlu memasukkan jumlah potongan Bank Simpanan Nasional
(BSN) yang tidak diambilkira dalam Akaun GIRO masing-masing.
3. Potongan akan dibuat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Akaun GIRO
Penjawat Awam.
4. Pertanyaan boleh menghubungi talian 1-300-88-1900 atau emel ke
customercare@bsn.com.my

PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%


LAMPIRAN 3
YAYASAN IHSAN RAKYAT
1. Potongan yang tidak diambilkira melalui potongan Yayasan Ihsan Rakyat perlu
dibayar kepada Yayasan Ihsan Rakyat selepas tarikh gaji setiap bulan
2. Penjawat Awam perlu membuat bayaran potongan yang tidak diambilkira kepada
Yayasan Ihsan Rakyat ke akaun bank seperti berikut :-
NAMA: YAYASAN IHSAN RAKYAT
NAMA BANK : MAYBANK

NOMBOR AKAUN BANK : 564146637082

3. Maklumat yang perlu diemail kepada pertanyaan@yir.com.my atau faks ke
nombor 03-40470856 adalah seperti berikut :-
a. Slip bukti pembayaran;
b. Nama;
c. Nombor K/P;
d. Bulan Potongan Gaji;
e. Jumlah (RM);
f. Tarikh Bayaran Dibuat;
g. Nombor telefon Bimbit / Telefon Pejabat.
4. Sebarang pertanyaan tentang bayaran yang telah dibuat bolehlah menghubungi talian
seperti berikut :-
a. 03-40470908 (En. Hakim)
b. 03-40470839 (Pn. Hayati)
PINDAAN 1/17 SOALAN LAZIM: MENGEKALKAN PENDAPATAN BERSIH PENJAWAT AWAM
SEKURANG-KURANGNYA PADA PARAS MINIMUM 40%
7

LAMPIRAN 4
COSHARE HOLDINGS BERHAD
1. Potongan yang tidak diambilkira melalui potongan Coshare perlu dibayar kepada
Coshare pada atau sebelum 25hb setiap bulan
2. Bayaran potongan gaji yang terkurang boleh dibayar kepada Cohare melalui mesin
deposit tunai Maybank
3. Maklumat yang perlu diemail kepada mfaizal@coshare.my atau faks ke nombor
03-61428098 untuk perhatian Faizal adalah seperti berikut :-
a. Slip bukti deposit;
b. Nama;
c. Nombor K/P;
d. Bulan Potongan Gaji;
e. Jumlah (RM);
f. Tarikh Bayaran Dibuat;
g. Nombor telefon Bimbit / Telefon Pejabat.
4. Sebarang pertanyaan tentang bayaran yang telah dibuat bolehlah menghubungi talian
seperti berikut :-
a. 03-6142 9999 samb. 6210 (Mohd Faizal)
b. 03-6142 9999 samb. 6203 (Azreen Fatin)
c. 03-6142 9999 samb. 6211 (Rosliena)
d. 03-6142 9999 samb. 6205 (Syahrizad)








Isnin, 15 Mei 2017

10 BINTANG BOLA SEPAK SABAH SEPANJANG ZAMAN

10 BINTANG BOLA SEPAK SABAH SEPANJANG ZAMAN


Hari ini Admin ingin kongsikan berkenaan kehebatan pemain pemain bola sepak sabah yang umum diketahui oleh rakyat malaysia.Seperti yang kita sedia maklum sejarah bolasepak malaysia membuktikan pemain dari malaysia timur ataupun borneo tidak kurang hebatnya dalam pentas domestik mahupun peringkat antarabangsa.
       Mari kita berkenalan dengan 10 bintang bola sepak sabah sepanjang zaman pilihan steady n cool.


10.MOHD REITHAUDDIN EMRAN


Mohd rethauddin awang emran(lahir 05 ogos di lahad datu) adalah bintang bola sepak sabah yang bermain dalam posisi pertahanan. Beliau membuat debut profesional pertama pada tahun 2000 dibawah kendalian Ken shellito.Debut yang paling diingati apabila final piala malaysia 2002 menentang selangor ketika itu sabah tanpa julius ating memerlukan pemain yang ampuh dibahagian pertahanan .Muncul seorang bintang muda ketika itu yang berjaya mengekang azman adnan dan amri yahya dengan begitu tenang sekali mengawal bahagian center back.Namun sabah muncul sebagai naib juara.Beliau ketika ini sudahpun bersara.



09.RONNY HARUN


Ronny memulakan kerjaya bola sepaknya bersama sabah. Ronny merupakan antara tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara piala malaysia 2002 dan 2003.Ketika zaman remaja beliau kerap kali mewakili skuad bawah 23 negara untuk saingan sukan sea dan sukan asia.
Pada musim 2007/08, Ronny berhijrah ke kedah di utara Semenanjung Malaysia. Meskipun bersama pasukan yang dianggap gergasi di Malaysia, kelibat Ronny di atas padang agak kurang berbanding ketika dia bersama sabah. Ini mungkin disebabkan persaingan yang kuat daripada pemain pertahanan lain. Semasa di Kedah, dia telah membantu pasukan itu mengecap kejayaan tiga piala semusim pada tahun 2008: piala malaysia, piala fa dan liga super.
Ronny telah bermain untuk terengganu fa sejak tahun 2010.
Ketika ini ronny bermain untuk pasukan sarawak fa dan menjadi ketua pasukan sarawak dan masih releven bersama skuad harimau malaya.

08.SUHARMIN YUSOF



Suharmin yusof merupakan bintang bolasepak sabah yang berasal dari tawau.Dikala sabah berduka diatas penggantungan matlan marjan oleh FAM ketika itu,muncul seorang pemain yang meneruskan legasi penyerang untuk pasukan sabah.dialah suharmin yusof merupakan penyerang kebangsaan di era zaman ronaldo dan zidane.Debut paling diingati ketika separuh piala dunhill 1997 pertemuan antara malaysia menentang bosnia herzegovina dimana suharmin muncul dimasa kedua dan banyak mencipta peluang dan menghidupkan serangan pasukan malaysia yang begitu tumpul pada separuh masa pertama.Beliau turut membantu sabah menjuarai liga perdana 1996 dan naib juara piala malaysia dan fa pada tahun 1997 dan 1998.Beliau juga mempunyai caps yang banyak untuk pasukan malaysia ketika kelayakan piala dunia yang diadakan diperancis 1998.

07.JULIUS ATING

Ketika pasukan sabah terumbang ambing dalam saingan MSL 2017,nama julius ating kembali meniti dibibir peminat bolasepak  tempatan apabila tiba-tiba dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan sabah mengganti jurulatih dari luar negara ketika itu.The iron man adalah sinonim jolokan kepada julius kerana terkenal dengan kekentalan dan kekebalan mengemudi bahagian pertahanan pasukan sabah.mempunyai tahap disiplin yang tinggi didalam dan diluar padang julius wajar dijadikan contoh oleh pemain muda sabah.Beliau turut membantu sabah menjuarai liga perdana 1996 dan naib juara piala malaysia dan fa pada tahun 1997 dan 1998 disamping kerap dipanggil untuk menjalani sisi latihan skuad kebangsaan dibawa kendalian hj abdul rahman ibrahim.

06.ZAINIZAM MARJAN


Zainizam Marjan (lahir pada 11 Mei1980) merupakan pemain bola sepak yang boleh beraksi sebagai pemain tengah atau penyerang bersama pasukan sabah di liga perdana ketika itu. Beliau juga merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia. Umum mengetahui beliau adalah adik kepada bekas penyerang Malaysia dan Sabah pada era 90-an matlan marjan.Zainizam mula mewakili Sabah pada tahun 2000. Mutu permainannya mula meningkat naik pada musim 2002 apabila dia berjaya menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan untuk Sabah muncul sebagai pemenang tempat ketiga Liga Perdana I. Dia juga membantu Sabah muncul naib juara piala malaysia dengan menjaringkan 6 gol untuk ke perlawanan akhir.Debut paling diingati ketika separuh akhir sukan sea vietnam tahun 2003 dimana malaysia berhadapan dengan pasukan tuan rumah yang penyokongnya begitu fanatik sekali,zainizam berjaya menjaringkan gol untuk pasukan negara,namun malaysia gagal ke final dan sekadar memenagi pingat gangsa.

05.PETER RAJAH



Mendiang peter rajah tetap dikenang sebagai penjaga gol terbaik sabah di era 80an.beliau bersama-sama james wong dan hassan sani terpahat dalam sejarah peristiwa kelayakan olimpik moscow 1980.Terkenal dengan kecekapan menepis bola menyukarkan pihak lawan untuk menembusi gawang Pasukan sabah.Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 november 2014 disandakan pada usia 63 tahun.Jasa mendiang akan tetap dikenang penyokong bola sepak sabah.

04.ROZAIMI ABDUL RAHMAN

Mendapat jolokan neymar malaysia rozaimi abdul rahman tidak asing dikalangan peminat bolasepak tempatan.Rozaimi Abdul Rahman dilahirkan pada 11 Jun 1992 di bongawan, sabah, dan merupakan bintang muda Bola sepak  kebangsaan yang bermain untuk JDT 2 di dalam MSL 2017.Rozaimi membawa keceriaan kepada negeri sabah apabila buat pertama kalinya sabah memenangi pingat emas sukma menewaskan perak 3-0 pada tahun 2012.Sebelum itu pada bulan Julai 2011, Rozaimi menerima panggilan pertama untuk mewakili negara dari Datuk Ong kim swee bagi perlawanan persahabatan menentang chelsea. Beliau menerima panggilan keduanya bagi perlawanan kelayakan Olimpik menentang syria. Pada 28 April 2012, beliau membuat penampilan sulung penuh untuk perlawanan antarabangsa dalam perlawanan persahabatan menentang sri lanka. Rozaimi telah diserap ke dalam skuad Harimau muda untuk kelayakan piala  asia b-22 2013.Rozaimi mencipta sensasi apabila beliau menjaringkan banyak gol dalam pusingan kelayakan diantaranya empat gol dalam kemenangan 7-0 ke atas Filipina pada 25 Jun 2012.Beliau juga menjaringkan dua gol ketika menewaskan  chinese taipe. Pada 30 Jun 2012 pertemuan antara Malaysia dan Vietnam, rozaimi menampilkan aksi yang cukup menakjubkan  apabila mencipta hatrick  menewaskan vietnam. Malaysia memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3-0.Rozaimi juga membawa malaysia menjuarai pesta bola merdeka edisi 2013 dan merangkul anugerah penjaring terbanyak kejohanan.rozaimi pernah disenaraikan sebagai 10 pemain terbaik asia oleh ESPN.

03.DATUK JAMES WONG

James Wong (lahir pada tahun 1952) merupakan lagenda bola sepak Malaysia dan sabah dalam kancah Liga Malaysia pada era 70an sehingga pertengahan 80an. Dia dikenali sebagai Ah Fook oleh rakan-rakannya dan King James oleh peminat. Allahyarham moktar dahari pula memberi gelaran 'balak' kepadanya. Debut paling diingati apabila james berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia hasil lorongan dan larian kencang hassan sani dari sebekah kanan untuk mengatasi Korea Selatan, seterusnya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.James wong juga pernah membantu malaysia memenangi pingat emas sukan sea  pada tahun 1977 dan 1979 serta pingat gangsa sukan asia pada tahun 1974.


02. DATUK HASSAN SANI

Hassan "Lipas Kudung" Sani (lahir pada 12 mac 1958) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah bermain bersama sabah fa dan kuala lumpur fa dalam kancah Liga Malaysia sekitar penghujung tahun 1970-an sehinggalah penhujung 1980-an.Kemuncak karier Datuk Hassan sani bersama pasukan kebangsaan Malaysia ialah ketika kelayakan sukan olimpik 1980 apabila membantu skuad kebangsaan layak beraksi di Sukan Olimpik. Detik manis ini tercipta apabila bola hantaran khalid ali tiba kepada Hassan. Hassan yang digelarlipas kudung membuat larian pantas dan terus membuat hantaran kepada james wong untuk menghasilkan gol kemenangan Malaysia ke Korea Selatan dengan jaringan 2-1. Gol itu menjadi gol terbaik Malaysia sehingga kini dan menjadi ikon iklan "Semangat Bola" oleh Maxis sempena menaikkan semangat bola di kalangan penduduk Malaysia untuk kejohanan Piala Dunia.
 Hassan kemudiannya mengundurkan diri dari pentas antarabangsa pada tahun 1986.Pada tahun 1979, Hassan membantu Sabah untuk menjadi naib juara Liga Malaysia 1979 dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Malaysia ketika itu dengan 49 gol.
Hassan kemudian beralih kepada bola sepak pantai pada 1996 dan mewakili Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 1999.

01.MATLAN MARJAN


Kejayaan merembat 2 gol ketika menentang pasukan england 1991 akan kekal terpahat dalam sejarah jenerasi emas bola sepak sabah, apabila anak jati kg timbang dayang kota belud direkodkan sebagai anak malaysia pertama memecah pintu gawang england.Matlan marjan akan disebut sebagai lagenda bolasepak sabah sepanjang zaman kerana menjaringkan hatrik 3 gol menewaskan pasukan pahang ketika final piala fa dan membawa sabah pertama kali menjuarai piala fa pada tahun 1995.Ketika menyarung jersi kebangsaan dalam perlawanan menentang Flamengo XI, Matlan mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Sabah dipilih untuk mengetuai pasukan negara.Stadium likas akan sentiasa penuh dengan kehadiran penyokong semata mata ingin melihat kelincahan maradona malaysia ini bersama rakan rakan yang lain.Kini, Matlan masih lagi berkecimpung dalam dunia bola sepak. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta membuatkan Matlan Marjan masih lagi disegani sehingga ke hari ini.


Sehingga kini pasukan sabah seakan akan hilang arah dan kerap kali menghampiri ke slot liga fam yang dianggap liga kasta paling rendah untuk sebuah pasukan fa negeri.Diharap 10 bintang bolasepak dipaparkan  dapat dijadikan insipirasi kepada jenerasi anak muda yang akan menyarung jersi sang badak dan harimau malaya.